Sunday, October 19, 2014

Wednesday, October 15, 2014

Drama Setitis Kasih Darmia Episod 2

Drama Setitis Kasih Darmia Episod 2

Tuesday, October 14, 2014

Drama Setitis Kasih Darmia Episod 1

Sinopsis Penuh Setitis Kasih Darmia, Ratu TV9 (2014)

Shaarnaz Ahmad berdendam dengan Nelydia? Adakah kerana sakit hati kerana

pernah dituduh menjadi pemusnah cinta di antara Nelydia dan Qi Razali dahulu, Sharnaaz ingin

membalas dendam? Betul, tak dinafikan Sharnaaz ingin membalas dendam tetapi itu hanyalah watak

yang perlu dijayakan oleh Sharnaaz dalam drama bersiri terbaharu di slot Ratu TV9 iaitu Setitis Kasih

Darmia. Dalam drama bersiri 14 episod ini, Shaarnaz yang membawakan watak sebagai Khairul

Amir, berdendam dengan Darmia yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose kerana memerangkapnya

sehingga mereka terpaksa berkahwin walaupun hakikatnya Darmia sendiri tidak rela dengan

perkahwinan itu. Drama ini yang diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative

Sdn Bhd akan mula bersiaran menerusi Slot Ratu bermula 14 Oktober ini pada setiap hari Selasa

dan Rabu, jam 8.30 malam. Selain dari itu, penonton juga boleh menyaksikan siri ini seminggu awal

melalui tonton premiere mulai 8 Oktober 2014.

Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan

kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan

tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah

Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain

mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru

buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran

sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa

Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh

kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari

mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap

khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan

dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali

lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan

sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam

benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia

memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi

pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan

kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih ini turut

membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah

Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil.

Friday, October 10, 2014

Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober, 4 petang

Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2015 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia. Ini merupakan bajet terakhir untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).

Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95 dan Diesel sebelum Hari Raya Aidil Adha. Akibatnya ramai peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Bagaimana pula cabaran untuk kita hadapi GST pada tahun depan?

Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, sudah pasti mereka tertunggu-tunggu berita baik walaupun produktiviti kerja yang masih di tahap sederhana. Layakkah bonus diberi saban tahun?

Muat Turun Teks Ucapan Bajet 2015 di sini

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2015 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA 

Tarikh
:     
10 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa
:
4.00 petang

Tempat
:      
Parlimen Malaysia

Anda boleh menonton secara langsung di stesen televisyen RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA.

Siaran Langsung Bajet 2015 menerusi telefon pintar

Aplikasi Android [Klik]
Aplikasi IOS [Klik]

Pembentangan Bajet 2015 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2015. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Bajet 2015 dan Laporan Ekonomi 2014/2015 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet.

LINK LIVE STREAMING

LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6

Thursday, October 9, 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 23

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 23

Maaf Jika Aku Tak Sempurna akan bersiaran pada 2 September 2014 selepas Rindu Awak 200%. Lakonan, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura, Hefny dan ramai lagi.

Sinopsis MJATS, Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri? Nanti kesudahan Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Wednesday, October 8, 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 22

Sales Shopping Expo Event In Malaysia